"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus."
(Q.S. Al-Hajj: 67)
Tiap-tiap umat yang telah lalu, Allah s.w.t. tetapkan syariat dan cara ibadat yang diwajibkan mereka menurutnya tetapi dengan kezahiran syariat Islam yang dibawa oleh Nabi s.w.a., yang diutus kepada umat manusia seluruhnya, maka mansuhlah syariat-syariat yang lain dan kekallah syariat Islam hingga ke hari kiamat, sebagai syariat yang sesuai dengan di mana sahaja, segala tempat dan sepanjang zaman.
Oleh itu serukanlah umat Islam seluruhnya kepada agama Allah; agama Islam, dan janganlah dihiraukan bantahan golongan yang engkar kerana engkau berada di atas jalan yang diredhai Allah.
No comments:
Post a Comment
OK