Sahabat-Sahabatku

Sahabat-Sahabatku

Saturday, 10 November 2012

Manusia Terikat Dengan Perlakuannya



(2)  Allah Maha Besar
Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sungguh pun demikinan pada hakikatnya saya tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dengan pertolongan Allah. Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Kesemua ini adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah. Dalam hubungan ini Allah berfirman:


“Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dengan sesungguhnya rungilah orang yang mengotorkannya.” ( Q.S. Asy-Syams: 7-10 )


“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Muddatstsir: 38 )


Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan pengubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah. Syariat dan undang-undang Allah ini tidak boleh dilewati atau dilanggar. Satu-satunya yang harus bagi muslim ialah melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri. Dalam hubungan ini Allah berfirman:


“Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Tuhanku, kepadaNyalah aku bertawakal dan kepadaNyalah aku kembali.” ( Q.S. Asy-Syuura: 10 )


Saya juga mestilah melakukan perkara-perkara berikut:


Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengethui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah. Dalam hubungan ini Abu Hurairah telah meriwayatkan hadith yang mana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:


“Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu, tidak seorang pun yang menghafaznya kecuali beliau akan masuk syurga. Allah itu ganjil (tidak genap).” ( H.R. Bukhari dan Muslim )


Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan tentang zat Allah. Perkara ini saya lakukan kerana patuh dan tunduk kepada perintah Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang tersebut dalam sabdanya:

“Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya.” ( Hadith diriwayatkan oleh Abu Nua’im dalam ‘Al-Hilyah’ dan Al-Asbihani dalam ‘At-Targhib Wat-Tarhib’ Al-Hafiz As-Sakhawi berkata: Semua sanad bagi hadith ini daif tetapi apabila ia dihimpunkan, hadith ini menjadi ‘kuat’. Walau bagaimanpun makna hadith ini diriwayatkan oleh sebuah hadith dalam sahih Muslim ( lihat Al-Maqasid Al-Hasanah, Hadith no. 342 )



Saya  mestilah  memahami  bahawa  mengenai  sifat-sifat  Allah  pula  telah  banyak ayat-ayat Al-Quran yang 
menunjukkan  sifat-sifat  Allah  dan  kesempurnaan  sifat ulihiyahNya. Di antara ayat-ayat yang menunjukkan 
wujudnya Allah s.w.t. itu:


Ada ayat-ayat yang menunjukkan sifat Qidam (sedia) dan Baqa’ (kekal) bagi Allah.

Ada ayata-ayat yang menunjukkan bahawa Allah itu bersalahan (tidak sama) dengan makhluk ciptaanNya,

Ada ayat-ayat yang menafikan wujudnya anak, bapa, sesuatu yang menyerupai dan bandingan bagi Allah.

Ada pula ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah berdiri sendiri dalam erti kata bahawa Allah tidak memerlukan pertolongan dari makhluk ciptaanNya, malah makhluk ciptaanNya itulah yang berhajat kepadaNya.

Ada juga ayat-ayat yang menunjukkan wahdaniat (keesaan) Allah sama ada pada zatNya, sifatNya, perbuatanNya dan urusan tadbirNya.

Ada ayat-ayat yang menunjukkan keluasan ilmu Allah yang mencakupi segala sesuatu,

Ada ayat-ayat yang menunjukkan iradah (kehendak) Allah yang mengatasi segala iradah dan kehendak makhluk ciptaanNya,

Ada ayat-ayat yang menunjukkan bahawa Allah bersifat hayat (hidup) yang kamil (sempurna),

Malah masih banyak terdapat ayat-ayat yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah yang tidak putus-putus dan tidak diketahui hakikanya oleh akal manusia.

Kita membataskan pujian kita kepada Allah sebagaimana Allah telah memujiNya.


Saya  mestilah  berkeyakinan  bahawa  pendapat  para  salafussaleh  lebih  utama  untuk  dikuti supaya dapat
menyelesaikan permasalah takwil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu
dan pengetahuan Allah. Saya juga mestilah  berkeyakinan  bahawa  pentakwilan  yang  dibuat  oleh golongan
khalaf  ( yang datang kemudian )  tidak boleh dijadikan  sebab  kepada peselisihan yang berpanjangan antara
golongan khalaf dan lain-lainnya sama ada di masa lampau atau masa kini.


Saya  mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu. 
Pengabdian diri  kepada Allah ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah yang disampaikan melalui para 
rasul yang menyeru masing-masing  supaya  mengabdikan  diri  kepada  Allah semata-mata dan tidak tunduk 
kepada selain Allah. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:


“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thagut itu.” (Q.S. An-Nahl: 36 )


Bersambung …

No comments:

Post a Comment

OK