Para penyelidik sirah Rasulullah s.a.w. akan meneliti kepadanya bahawa dalam setiap langkah dan pergerakan Rasulullah s.a.w. terdapat tanda-tanda dan unsur-unsur pengaturan rapi dan bersistematik. Sebagai contoh mengenai perkara tersebut ialah peristiwa hijrah Banginda s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq di mana jelas beberapa segi penyususan kerja yang patut diberi perhatian, dikaji, diambil iktibar dan dipupuk. Antaranya ialah:
1. Baginda s.a.w. menugaskan Ali bin Abu Talib mengambil alih tempat Rasulullah s.a.w. di
rumahnya agar pihak musyrikin tidak mengesyaki sesuatu dan akan terjadi serba salah,
terpinga-pinga, ragu-ragu, memikirkan tentangnya sedangkan Rasulullah s.a.w. pada ketika
itu telah meninggalkan Mekah dan telah sampai di Gua Thaur.

2. Baginda s.a.w. memilih Gua Thaur yang letaknya bertentangan arah menuju Madinah
kerana ia menanamkan kesan psikologi, panik, taktik dan strategi, serba salah dan tidak
dapat menjejaki pergerakan Nabi s.a.w.. Mereka akan beranggapan bahawa Nabi s.a.w.
telah pun pindah atau sampai di Madinah.

3. Baginda s.a.w. menugaskan Abdullah bin Abu Bakar supaya membawa perkhabaran
tentang apa juga peristiwa yang sedang berlaku di Mekah.
tentang apa juga peristiwa yang sedang berlaku di Mekah.
4. Baginda s.a.w. menugaskan Asma binti Abu Bakar menyedia dan membekalkan makanan.
5. Baginda menugaskan Amir bin Fuhairah supaya memelihara kambing-kambingnya di siang
hari dan bermalam di sekitarnya agar Baginda s.a.w. dapat memerah susu/minum susu dan
juga jejak kesan tapak kaki kambing-kambing itu dapat menghapuskan kesan tapak kaki
mereka semasa perjalanan ke Gua Thaur.

6. Baginda s.a.w. mengupah seorang musyrikin untuk menjadi penunjuk jalan menuju
Madinah.
Madinah.
Sesungguhnya usaha membina kekuatan fizikal, mental dan kemudahan mendapatkan peluang kejayaan amat penting. Ia adalah merupakan fardu dalam agama, koperasi atau organisasi yang tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh ditiadakan.
Firman Allah s.a.w.
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
No comments:
Post a Comment
OK