(1) Allah Maha Besar |
APA ertinya saya menganut Islam membentangkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap insan sehingga beliau boleh dianggap muslim yang sebenar
Penggabungan diri ke dalam agama Islam:
Bukanlah penggabungan yang diwarisi,
Bukan juga penggabungan kerana hobi,
Bukan pengabungan lahiriah,
Bukan penggabungan kerana perasaan,
Bukan penggabungan kerana ikut-ikutan,
Bukan penggabungan kerana terdesak.
Penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan ke dalam
Islam itu sendiri, berittizam, istiqamah dan menyesuaikan diri dengan Islam
dalam semua aspek hidup.
Dalam penulisan ini saya akan cuba dengan ringkas
menonjolkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada diri setiap muslim, supaya
dengan kewujudan sifat itu penggabungan dirinya ke dalam agama Islam merupakan
penggabungan yang sah dan benar.
Firman Allah s.w.t.:
“Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dari dahulu dan
(begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu
dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.” ( Q.S. Al-Hajj:
78 )
Akidah yang benar dan sah
adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima
Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar
dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w..
Saya mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai
oleh para salafussaleh dan para imam yang telah terbukti kebajikan, keikhlasan,
kebaikan, ketakwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.
Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa:
Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa penciptaan
alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kesemua itu
dapat dibuktikan melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan
Allah, yang mana setiap unit alam ciptaan Allah s.w.t. ini memerlukan unit yang
lain untuk menjamin kewujudan dan kestabilannya. Satu unit dari kejadian ala
mini tidak mungkin wujud dalam keadaan yang stabil tanpa kewujudan unit yang
lain.
Kewujudan alam yang seindah
dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa
tadbir dari Allah yang maha berkuasa. Dalam hubungan ini Allah telah berfirman:
“Sekiranya ada di langit dan di bumi
Tuhan-tuhan selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha
suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan.” ( Q.S. Al-Anbiyaa’: 22 )
Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah
tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja kerana
perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak
bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Matlamat dan tujuan
Allah menciptakan alam ini sukar difahami secara terperinci kecuali melalui
seorang rasul yang diutuskan Allah atau melalui wahyu Allah seperti mana firman
Allah s.w.t.:
“Maka apakah kamu mengira bahawa
sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk main-main (sahaja) dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha suci Allah raja yang sebenarnya
tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia.” ( Q.S. Al-Mukminun: 115-116 )
Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah
telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia
mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamt kewujudan mereka di dunia
ini dank e mana akhirnya penghiuidupan mereka. Saya mestilah beriman bahawa
nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dar para rasul yang diutuskan
Allah. Beliau telah dibantu dan diperlkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai
mukjizat yang kekal abadi. Dalam hubungan ini Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul
pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah
thagutitu. Maka di antara umat itu adalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh
Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.”
( Q.S. An-Nahl: 36 )
Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa matlamat
hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana
sifat-sifatNya yang telah diterangkan
Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. Dalam hubungan
ini Allah berfirman:
“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembahKu, Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki
sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka member Aku
Makan, sesungguhnya Allah, Dialah yang maha pemberi rezeki yang mempunyai
kekuatan lagi sangat kukuh.” ( Q.S. Adz-Dzaariyaat: 56-58 )
Saya mestilah mengimani dan menyakini bahawa syurga
adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan
ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir. Dalam hubungan ini Allah berfirman:
“Segolongan masuk syurga dan segolongan
masuk neraka.” ( Q. S. Asy-Syuura: 7 )
Bersambung
…
Nota:
Artikel ini adalah petikan daripada buku karangan Ustaz Fathi Yakan. Apa Ertinya Saya Menganut Islam?. Penterjemahnya Ustaz Alias Othman Akademi Islam UM.Semoga salin semula ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
No comments:
Post a Comment
OK